Monday, April 22, 2013

6 Minit Di Dalam Oven, 6 Kaki Di Bawah Bunga

2200 on a jaded rainy Monday

Selang berkalendar kulit tidak bersentuh
Gelap kenit riangmu di bawah bumi
Kami jauh di dalam dunia, sekelip terjatuh
Antara kali telefon di tangan itu musuh
Kerana bunyi sayu tiba -
Cantik tetapi hancur, kerna rapuh macam pastri

Bukan hanya kami akur tetapi luluh diiring air lega
Nafaskau lepas, namun diwaktu proses NIPIS
Mengapa tiada kata kau menunggu binasa?
Susah? Atau tidak perlu simpati tulisan perskripsi doktor?
Walhal senyummu buat itu tak masuk akal, Kempis

Kosa kata ikhlas gelak kau dari hati yang bersih
Seperti pantai private dibalik batu-batu Pantai Sura yang hitam
Alif dengan palet warna, itu kau, berwarna tetapi jernih
Goresan tangan membuka pintu oven roti yang kau kasih
Karma putih pasir dan dari deru ombak meniup setiap malam

Aku marah kerana kami tidak patuh, kami semak
Terlalu leka berbau herba dan demi glace dan karot dan daging
Jin dan syaitan dapur; yang minum dan yang warak
Kami tunggu kad khawin mu, parti, dan cukur jambul anak-anak
Yang tiba dan yang memanggil, yang menunggu air mawar -
dan tanah kering

Kekadang terbayang, tergilis, tertanya terpikir apa yang tinggal
Fragmen seperti recap siri TV zombi dan puntianak diawal episod
Manis gigi, coretan dan personaliti prihatinmu yang nakal
Babak curi ayam dan fresh cream mahal dan  framboise dicuri untuk bekal
Haha
Untuk sesetengah kami butir-butir itu mainan buih-buih tiup
Hehe
Tapi  untukku recap itu cukup sampai setengah cerut



******************************************************************************
RIP Suffian Razak, our sweetheart
"Kau salah satu daripada semua kami, daripada satu kami"

******************************************************************************


Listening To: Lana Del Ray - Ride